Breadcrumb Breadcrumb

Arkib Mac 2010 - Aktiviti 1 Arkib Mac 2010 - Aktiviti 1

Mac 2010 - Aktiviti 1

  • Sidang Media Khas, SPA sertai Liga FAM 2010

    PUTRAJAYA 1 Mac----- Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC), akan menyertai Liga FAM 2010. Setiausaha SPA, Dato' Lamien Sawiyo berkata kepada media, selepas merasmikan jersi pasukan (SPA FC) di Ibu pejabat SPA di Putrajaya. Menurutnya lagi matlamat dan tujuan (SPA FC) menyertai Liga FAM adalah untuk menggalakkan warga SPA mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan selain mempromosikan SPA sebagai gerbang perkhidmatan Awam di kalangan masyarakat. Ujarnya lagi, SPA mula aktif menyertai Liga Divisyen 2 Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) pada tahun 2005. Pada tahun 2007, pasukan SPA berjaya menaiki Liga Divisyen 1 PBKL. Pada tahun 2009, pasukan SPA telah menyertai pasukan elit di Kuala Lumpur dalam menyertai Liga Premier Kuala Lumpur. Antara kejayaan yang dicapai pasukan SPA ialah menjadi Juara Pertandingan Bola Sepak anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) pada tahun 2008. Sebagai pembuka tirai TM Liga FAM 2010 ini, SPA akan bertemu pasukan Ban Hoe Leong pada 7 Mac ini, jam 4.45 petang, di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya -----MediaSPA

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1