Banner SPA
 

Panduan > Temu Duga > Temu Janji Untuk Temu Duga

Temu Janji Untuk Temu Duga

Temu Janji Untuk Temu Duga bagi Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred U41 dan Pegawai Farmasi Gred U41

Syarat-Syarat:
  • Hanya untuk calon-calon warganegara Malaysia lulusan dalam bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi daripada universiti-universiti luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
    [ Semak pengiktirafan kelayakan di sini. ]
  • Calon-calon Semenanjung Malaysia akan ditemu duga di ibu pejabat SPA di Putrajaya manakala calon-calon Sabah/Sarawak akan ditemu duga di pejabat SPA Cawangan Sabah atau SPA Cawangan Sarawak (mana yang berkaitan) pada tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan kemudian (kecuali Sabtu hingga Isnin atau hari cuti umum atau tertakluk kepada jadual temu duga)

Cara memohon:
Dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga:
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM
  • Ijazah atau surat pengesahan tamat pengajian dari universiti dan
  • Sijil pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia / Majlis Pergigian Malaysia / Lembaga Farmasi Malaysia

Perhatian:
  • Calon diminta untuk membawa bersama sijil pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia/Majlis Pergigian Malaysia/Lembaga Farmasi Malaysia semasa temu duga. Untuk tujuan itu, calon diminta untuk menghubungi pihak tersebut sebelum hadir temu duga.
  • Penempatan anda oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tertakluk kepada pendaftaran seperti di atas.
  • Bagi calon Pegawai Perubatan yang telah tamat latihan siswazah (housemenship) di luar negara dan diluluskan pendaftaran penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia dikehendaki menghubungi Bahagian Sumber Manusia, KKM untuk permohonan lantikan ke Gred U29. Layari http://www.moh.gov.my/v/amb untuk maklumat lanjut.


Pejabat SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA MALAYSIA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Persekutuan
Jalan Sulaman, Likas,
88400 KOTA KINABALU SABAH

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93520 KUCHING SARAWAK

 

Hakcipta Terpelihara © SPA 2011 Portal Rasmi SPA Versi Mobil