Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Pengenalan > Organisasi > Bahagian > Pengurusan Maklumat
 
Dengar Dengar        
Pengurusan Maklumat
   
Objektif
   
  Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan Teknologi Maklumat.
   
Fungsi
   
  Memberikan khidmat sokongan dalam bidang ICT kepada semua bahagian termasuk SPA Cawangan Sabah dan Sarawak
   
Piagam Pelanggan
   
  Bahagian Pengurusan Maklumat bertanggungjawab untuk memberi khidmat komputer dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:
   
 
  • Memberi layanan khidmat komputer yang sempurna dan saksama kepada pengguna teknologi maklumat.
  • Menyedia dan menyenggara sistem aplikasi mengikut spesifikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
  • Menyedia panduan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Menyedia perkhidmatan kemasukan data mengikut jadual yang dipersetujui.
  • Memberi khidmat bantuan dalam masa empat (4) jam kepada pengguna selepas menerima aduan melalui meja bantuan dan maklumat aduan/pembaikan akan direkodkan dalam Borang Aduan Kerosakan.
  • Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
  • Memastikan pengguna diberi latihan penggunaan sistem aplikasi dan pendedahan asas tentang komputer.
  • Meningkatkan khidmat komputer yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.
   
 
Aktiviti Utama Bahagian Pengurusan Maklumat
   
  Aktiviti unit di Bahagian Pengurusan Maklumat adalah seperti berikut:-
   
  Unit Dasar & Perancangan ICT/Operasi/Rangkaian
 
  • Operasi komputer
  • Menyediakan jadual penyenggaraan perkakasan dan perisian sistem
  • Perancangan luar jangka keselamatan komputer
  • Merancang & merekabentuk sistem rangkaian
  • Mentadbir & mengurus sistem rangkaian
  • Menyedia & mengemaskini dokumentasi sistem rangkaian
  • Menyelia tatacara penyenggaraan
  • Mengurus keselamatan ICT SPA
   
  Unit Multimedia/Portal/Intranet
 
  • Mengurus dan mengemaskini maklumat Portal SPA
  • Menyedia dan menguruskan kemudahan Intranet dan laman web SPKP
  • Membangunkan aplikasi multimedia dan kiosk
  • Mengurus dan mengemaskini Intranet SPA
   
  Unit Aplikasi Open Source/Latihan
 
  • Membangunkan sistem menggunakan perisian Open Source
  • Merancang dan mengendalikan latihan ICT dan teknikal kepada Pegawai SPA
   
  Unit Aplikasi eSPDM/SISPEK
 
  • Mengenalpasti keperluan pengguna
  • Membangunkan sistem eSPDM/SISPEK
  • Merekabentuk pangkalan data sistem eSPDM/SISPEK
  • Mentadbir/mengurus pangkalan data sistem eSPDM/SISPEK
  • Pengawalan keselamatan pangkalan data
  • Menyedia tatacara penyenggaraan & pengemaskinian pangkalan data
  • Penyenggaraan sistem eSPDM/SISPEK
   
  Unit Aplikasi eSMSM
 
  • Mengenalpasti keperluan pengguna
  • Membangunkan sistem eSMSM
  • Merekabentuk pangkalan data sistem eSMSM
  • Mentadbir/mengurus pangkalan data sistem eSMSM
  • Pengawalan keselamatan pangkalan data
  • Menyedia tatacara penyenggaraan & pengemaskinian pangkalan data
  • Penyenggaraan sistem eSMSM
  • Membangunkan aplikasi automasi pejabat
   
  Unit Pentadbiran Am
 
  • Kewangan
  • Bajet
  • Surat-menyurat dan sistem fail
  • Personel
  • Latihan
  • Inventori peralatan pejabat
   
 
line