| |
|
| |
Dilaksana berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 2005 bagi pegawai-pegawai yang dilantik sebelum tahun 2012 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 2012 bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas tahun 2012. Pegawai awam yang telah disahkan dalam Perkhidmatan dan memenuhi kriteria-kriteria serta syarat-syarat pertukaran Perkhidmatan yang ditetapkan sahaja akan dipertimbangkan. |
| |
|
| |
Pertukaran perkhidmatan boleh diklasifikasikan seperti berikut :- |
| |
| i) |
Pertukaran Pelantikan atas permohonan sendiri; |
| ii) |
Pertukaran Sementara; |
| iii) |
Peminjaman; |
| iv) |
Pertukaran Tetap; |
| v) |
Pertukaran Pelantikan melalui opsyen; dan |
| vi) |
Kelulusan Pelepasan. |
|
| |
|
| |
Pertukaran Pelantikan atas permohonan sendiri |
| |
|
| |
Dilaksanakan bagi membolehkan seseorang pegawai berpindah ke skim Perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain ke tempat pilihan mereka atas sebab-sebab tertentu. |
| |
|
| |
Urusan ini dilaksanakan berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005. |
| |
|
| |
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:- |
| |
| i) |
Permohonan bertulis daripada pemohon; |
| ii) |
Surat persetujuan pelepasan tanpa syarat dari Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan agensi asal; |
| iii) |
Surat pelepasan Pihak Berkuasa Menlantik agensi asal; |
| iv) |
Surat persetujuan penerimaan dan pengesahan kekosongan jawatan daripada Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan agensi baru; |
| v) |
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; |
| vi) |
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini; dan |
| vii) |
Surat permohonan pegawai. |
|
| |
|
| |
Pertukaran Sementara |
| |
|
| |
Pelantikan seseorang pegawai ke suatu skim perkhidmatan lain yang berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dari perkhidmatan asalnya. |
| |
|
| |
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk urusan pertukaran sementara adalah seperti berikut : |
| |
| i) |
Perakuan dari Ketua Perkhidmatan/JPA; |
| ii) |
Pelepasan Ketua Perkhidmatan/Pihak Berkuasa Melantik; |
| iii) |
Persetujuan penerimaan agensi penerima; |
| iv) |
Waran perjawatan; |
| v) |
Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini/CV (mana yang berkenaan); |
| vi) |
Markah laporan prestasi tahunan; |
| vii) |
Kew. 8 (jika berkenaan); |
| viii) |
Borang perakuan pertukaran sementara (Lampiran L) (Agensi Peminjam); dan |
| ix) |
Borang perakuan pertukaran sementara (Lampiran L1) (Agensi Pembekal) |
|
| |
|
| |
Peminjaman |
| |
|
| |
Pelantikan seseorang pegawai ke suatu skim perkhidmatan yang berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan asalnya. Peminjaman boleh diuruskan kepada agensi awam, swasta dan agensi antarabangsa. Pegawai akan ditawarkan syarat peminjaman yang mana secara keseluruhannya tidak kurang baiknya dari syarat perkhidmatannya di jawatan asal. Peminjaman boleh dilaksanakan setelah ada persetujuan antara pembekal, agensi peminjam dan pegawai berkenaan. |
| |
|
| |
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk urusan peminjaman adalah seperti berikut : |
| |
| i) |
Perakuan dari Ketua Perkhidmatan/JPA; |
| ii) |
Pelepasan Ketua Perkhidmatan/Pihak Berkuasa Melantik; |
| iii) |
Persetujuan penerimaan agensi penerima; |
| iv) |
Waran perjawatan; |
| v) |
Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini/CV (mana yang berkenaan); |
| vi) |
Markah laporan prestasi tahunan; |
| vii) |
Kew. 8 (jika berkenaan); |
| viii) |
Borang perakuan pertukaran sementara (Lampiran L) (Agensi Peminjam); dan |
| ix) |
Borang perakuan pertukaran sementara (Lampiran L1) (Agensi Pembekal) |
|
| |
|
| |
Pertukaran Tetap |
| |
|
| |
Pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman atau pertukaran sementara ke mana-mana jawatan di agensi peminjam dimana dengan pelantikan itu hubungan pegawai dengan Perkhidmatan asalnya terputus, kecuali bagi tujuan faedah persaraan dan faedah lain seperti yang ditetapkan dalam pertukaran tetap. Pertukaran tetap boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan agensi pembekal, peminjam dan pegawai berkenaan. |
| |
|
| |
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk urusan Pertukaran Sementara, Peminjaman dan Pertukaran Tetap adalah seperti berikut:- |
| |
| i) |
Perakuan dari Kementerian/Jabatan; |
| ii) |
Surat persetujuan penerimaan dari agensi peminjam; |
| iii) |
Surat persetujuan pegawai berkenaan; |
| iv) |
Surat pelepasan daripada Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan; |
| v) |
Waran Perjawatan (jawatan baru); |
| vi) |
Surat pelepasan Pihak Berkuasa Melantik; |
| vii) |
Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini; |
| viii) |
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini; dan |
| ix) |
Syarat-syarat pertukaran. |
|
| |
|
| |
Pertukaran pelantikan melalui opsyen |
| |
|
| |
Dilaksanakan bagi memudahkan pemindahan pegawai yang sedang berkhidmat dari satu skim perkhidmatan ke skim perkhidmatan yang sama atau berlainan di bawah agensi yang sama atau berlainan tanpa melalui proses lantikan biasa akibat pembubaran, penjumudan sesuatu skim perkhidmatan dan pemansuhan jawatan atau atas sebab-sebab lain. |
| |
|
| |
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:- |
| |
| i) |
Perakuan dari Kementerian/Jabatan; |
| ii) |
Surat pelepasan daripada Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan; |
| iii) |
Surat pelepasan Pihak Berkuasa Melantik; |
| iv) |
Waran Perjawatan (jawatan baru); |
| v) |
Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini; |
| vi) |
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini; dan |
| vii) |
Syarat-syarat pertukaran pelantikan. |
| |
|
|