Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Arkib Gred S27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Arkib Gred S27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Arkib Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:
Menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.
       
 
 
line