Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Kawalan
Trafik Udara Gred A29
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,685.00 RM5,127.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
i. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,834.57 ]
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan: RM1,909.77 ]
  dan
iii. Lulus dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains atau salah satu daripada subjek Sains serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv. Lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
v. Lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
vi. Tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang-bidang berikut:
  a) Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating; dan
  b) Approach Control dan mendapat Approach Control Rating.
vii. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
       
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di perenggan (iv) dan (v) di atas; dan
  ii. tamat dengan jayanya kursus dalam perkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang 'Aerodrome Control' serta mendapat 'Aerodrome Control Rating' dan 'Approach Control' serta mendapat 'Approach Control Rating'; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 'Aerodrome/Approach Control' kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.
       
       
       
line