Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Perikanan Gred G27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Perikanan Gred G27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perikanan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,363.00 RM5,094.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  i. diploma dalam bidang perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,738.86 ]
  ii. Diploma dalam bidang Sains Nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,738.86 ]
  iii. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
       
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perikanan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkeaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas ; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membantu Pegawai-pegawai Perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara.
       
       
       
line