Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan
 
Jadual Gaji:
 
Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
P1
P2
P3
RM1,361.14
RM1,439.77
RM1,521.80
RM3,565.62
RM3,775.97
RM3,992.94
RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) i. mempunyai kelayakan di atas; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
       
       
       
line