Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00 RM5,116.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  i. a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    c) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    d) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  ii. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;
    c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;dan
    e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  iii. calon yang memiliki kelayakan di peranggan i(a) atau (b) di atas hendaklah lulus B.M.(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas;atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membantu menjalankan tugas-tugas keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan termasuk mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya.
       
 
 
line