Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,363.00 RM5,094.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
i. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,663.65 ]
ii. Diploma dalam bidang sains atau perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,738.86 ]
iii. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
       
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Menjalankan tugas kuat kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.
       
       
       
line