Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas; dan
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  ii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
  i. Kementerian Penerangan
  Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.
       
  ii. Kementerian Kesihatan
    a) Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah
dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.
    b) Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta
mengurus kebajikan para penderma darah.
       
       
       
line