Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,664.00 RM5,094.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,664.00 ]
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan: RM1,889.26 ]
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) dan Jurubahasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di atas; dan
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran
 
Senarai Tugas:
 
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :
  • Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
  • Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan
  • Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
  • Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
  • Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian
 
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
  • Menemubual pelanggan dan menentukan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan untuk menerima bantuan guaman
  • Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkaitan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir
  • Menghadiri sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila diarahkan oleh pengarah
  • Menyediakan laporan mingguan bagi kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
  • Memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa
 
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
*Bagi kes kebankrapan
  • Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
  • Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
  • Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
  • MMenandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
  • Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
  • Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan ansuran bulanan
  • Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan aset bankrap
  • Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
  • Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
  • Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:
    a. Permohonan Sanksi di bawah PEruntukan 38(1)(a);
    b. Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
    c. Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
    d. Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
    e. Permohonan Keluar Masuk Gaji;dan
    f. Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
  • Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia
       
 
 
line