Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29
 
Dengar Dengar        
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Sumber Manusia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,751.00 RM5,121.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,751.00 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
       
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
       
       
       
line