Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27
 
Dengar Dengar        
Pen. Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    atau
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan
    daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Pegawai Rekod Perubatan) Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab mengawasi rekod-rekod Operasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, menjalankan pemeriksaan ke atas pejabat-pejabat rekod hospital dan kemudahan-kemudahan kesihatan di dalam negeri. Membantu penganalisaan, statistik untuk menilai mutu perkhidmatan perubatan, menyelaras reka bentuk dan percetakan semua rekod-rekod perubatan dan kesihatan. Menyusun dan memproses laporan-laporan dan memastikan semua laporan tersebut dihantar ke Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi tepat pada masanya
       
       
       
line