Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A29
 
Dengar Dengar        
Penolong Pemeriksa Kapal Terbang Gred A29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,685.00 RM5,127.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan (penerbangan, elektrik, elektronik atau mekanikal) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,685.00 ]
  • Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan yang telah:
    a) disahkan dalam perkhidmatan
    b) mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan 'air-frame' atau elektrik kapal terbang; dan
    c) lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.
    [ Gaji Permulaan: RM1,834.57 ]
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pembantu Teknik Kapal Terbang Gred A29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:
Senggara, ubahsuai, membaiki kapalterbang dan alatnya secara berjadual atau diperlukan oleh pembekal atau Penguatkuasa Penerbangan Awam. Memeriksa dan mengesahkan alat pandu arah penerbangan dari udara di dalam kapal terbang Jabatan, alat pandu arah di bumi Malaysia dan negara jiran, alat piawaian dan alat pemeriksaan di makmal.
 
 
line