Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29
 
Dengar Dengar        
Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,751.00 RM5,121.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,417.59 ]
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,826.02 ]
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan projek-projek bangunan Kerajaan dan jalan-jalan raya serta kerja penyelenggaraan, merancang strategi pelaksanaan operasi serta penjadualan kerja-kerja, membahagi kerja serta membimbing kakitangan mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, menyelenggara serta membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan dan membantu tugas-tugas menderaf plan, lukisan teknikal dan plan ‘lay-out'.
       
 
 
line