Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
 
Dengar Dengar        
Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
 
Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,367.00 RM5,098.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,742.28 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  i. mempunyai kelayakan di atas ; atau
  ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
  iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
       
Deskripsi Tugas :
Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.
       
       
       
line