Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29
 
Dengar Dengar        
Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
   
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,312.00
RM5,173.00
RM145.00
 
Syarat Lantikan:
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. a) Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]
b) Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Theraphy) daripada London School of Occupational Theraphy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yan diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM1,762.79 ]
iv. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Deskripsi Tugas:
i. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
ii. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
iii. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
iv. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
v. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
vi. Membuat pesanan bekalan peralatan.
vii. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
viii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
 
 
 
line