Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Gred U29
 
Dengar Dengar        
Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Gred U29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,312.00 RM5,173.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii.

a) Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]

 

b) Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapy) daripada London School of Occupational Therapy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM1,762.79 ]
iv. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Deskripsi Tugas:
1. Khidmat Teraputik dan Pemulihan
  i. Merancang program rawatan
  ii. Melaksana program rawatan
  iii. Menilai program rawatan dan progres pesakit
  iv. Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit
  v. Mengendalikan bengkel industri
  .vi. Menguruskan pusat-pusat jagaan harian
 
2. Khidmat Pencegahan, Promotif dan Rundingan
  i. Memberi nasihat mengenai penjagaan kesihatan personal.
  ii. Menyediakan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga pesakit supaya ketidakupayaan pesakit tidak menjadi lebih teruk.
  iii. Menyediakan program kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja.
  iv. Khidmat nasihat bagi tujuan pengubahsuaian rumah, bangunan awam dan persekitaran supaya sesuai dengan ketidakupayaan pesakit.
  v. Menjalankan kempen kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemulihan.
  vi. Bekerjasama dengan PERKESO untuk tujuan penilaian dan rawatan ke atas pesakit yang cedera ketika bekerja.
  vii. Menasihat pihak yang terlibat supaya menyediakan kemudahan awam untuk mereka yang tidak berkeupayaan dan golongan tua.
 
 
 
line