Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Jururawat Pergigian Gred U29
 
Dengar Dengar        
Jururawat Pergigian Gred U29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,312.00 RM5,173.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  i) warganegara Malaysia;
  ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  iii) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ]
  iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:
Tugas-tugas Rawatan Pesakit
1. Am
    Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.  
2. Diagnosis
    Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.  
3. Profilaksis
    Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.  
4. Restorasi
    Menyedia kaviti dan membuat tempahan.  
5. Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan  
6. Rawatan lain mengikut arahan  
 
Pendidikan Kesihatan Pergigian
1. Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.  
2. Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.  
3. Kaunseling  
    i. Penjagaan kesihatan Oral.  
    ii. Penjagaan di rumah (Home Care).  
4. Kawalan Jangkitan  
5. Kejururawatan Komuniti  
6. Penyelidikan Sistem Kesihatan  
    Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.  
7. Pentadbiran dan Pengurusan  
    i. Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.  
    ii. Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.  
 
 
 
line