Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Diploma/STP/STPM/HSC > Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
 
Dengar Dengar        
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,312.00 RM5,173.00 RM145.00
 
Syarat Lantikan:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ]
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
1. Kajian/Penyelidikan.
i. Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
ii. Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
iii. Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
 
2. Pentadbiran
i. Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
ii. Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
iii. Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
iv. Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
v. Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
vi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.
 
 
 
line