Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 |
| |
|
|
|
|
|
| |
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional |
|
|
|
|
|
Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam |
|
|
|
|
|
Jadual Gaji: |
|
|
|
|
|
| RM2,051.54 |
RM6,890.44 |
RM225.00 |
|
|
|
|
|
|
Syarat Lantikan: |
|
|
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,155.32 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,466.65 ] dan
- lulus dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains atau salah satu daripada
subjek Sains serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan SPM
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
- lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon-calon
mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan
yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang
ditetapkan oleh ketua perkhidmatan;
- tamat dengan jayanya kursus pra perkhidmatan di Kolej Penerbangan
Awam, Malaysia dalam bidang 'Area Control' dan mendapat 'Area Control
Rating'; dan
- lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
|
|
|
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: |
|
|
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- lulus kursus 'Area Control' serta mendapat 'Area Control Rating' dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
|
|
|
Deskripsi Tugas: |
|
|
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik 'Area Control' di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas. |
|
|
|
|
|
|
|