Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Dengar Dengar        
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
 
Gred: J17, J21/22, J29/30, J35/36, J37/38, J41/42, J43/44, J47/48, J51/52, J54
 
Kumpulan:Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Tempat Bertugas:
Kementerian Sumber Manusia
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  •  
    Kementerian Belia dan Sukan
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  •  
    Jadual Gaji:
     
    Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
    J17 RM953.00 RM3,490.00 RM95.00
    J21 RM2,184.00 RM4,265.00 RM115.00
    J22 RM2,184.00 RM4,265.00 RM115.00
    J29 RM1,751.00 RM5,121.00 RM145.00
    J30 RM1,751.00 RM5,121.00 RM145.00
    J35 RM3,090.00 RM6,718.00 RM180.00
    J36 RM3,090.00 RM6,718.00 RM180.00
    J37 RM3,483.00 RM7,144.00 RM195.00
    J38 RM3,483.00 RM7,144.00 RM195.00
    Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
    J41 RM2,360.00 RM8,743.00 RM225.00
    J42 RM2,360.00 RM8,743.00 RM225.00
    J43 RM3,420.00 RM9,557.00 RM250.00
    J44 RM3,420.00 RM9,557.00 RM250.00
    J47 RM5,005.00 RM10,686.00 RM270.00
    J48 RM5,005.00 RM10,686.00 RM270.00
    J51 RM5,639.00 RM11,286.00 RM290.00
    J52 RM5,639.00 RM11,286.00 RM290.00
    J54 RM5,939.00 RM11,972.00 RM320.00
     
    Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
     
    LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J17
    (a) (i) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ]
         
      (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
         
      (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,359.47 ]
         
      (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Peperiksaan Kemahiran Jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi ketukangan yang tiada piawaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
         
      (v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukangan yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    GRED J17 [ Gaji Permulaan : RM1,301.35 ]
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J21
    (a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; serta
         
      (ii) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
         
      (iii) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
    GRED J21 [ Gaji Permulaan : RM2,184.00 ]
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J29
    (a) (i) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    GRED J29 [ Gaji Permulaan : RM1,751.00 ]
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J35
    (a) (i) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    GRED J35 [ Gaji Permulaan : RM3,090.00 ]
         
      (ii) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J37
    (a) (i) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    GRED J37 [ Gaji Permulaan : RM3,483.00 ]
         
      (ii) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J41
    (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    GRED J41 [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ]
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J43
    (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    GRED BJ43 [ Gaji Permulaan : RM3,420.00 ]
         
      (ii) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J47
    (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    GRED BJ47 [ Gaji Permulaan : RM5,005.00 ]
       
      (ii) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
         
    LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED J51
    (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
       
      (ii) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
    GRED BJ51 [ Gaji Permulaan : RM5,639.00 ]
         
    Deskripsi Tugas:
     
    Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
    • Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
    • Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
    • Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
    • Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
    • Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
    • Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
    • Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
    • Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
    • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
    Penolong Pegawai Latihan Vokasional
    • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
    • Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
    • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
    • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
    • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
    • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
    • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
    • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
    • Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
    • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
    • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
    Pegawai Latihan Vokasional
    • Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.
    • Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.
    • Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
    • Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian "work load" semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.
    • Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan perisian latihan.
    • Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.
    • Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.
    • Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.
    • Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.
    • Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.
    • Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.
    • Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.
    • Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
    • Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar.
     
    line