Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Syariah Gred LS41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Syariah Gred LS41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,249.00 RM8,707.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,249.00 ] serta
  • Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UIA atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Islam Antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,249.00 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement' kes-kes rayuan, membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.
 
 
line