Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Penguasa Bomba Gred KB41
 
Dengar Dengar        
Penguasa Bomba Gred KB41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM´╗┐1,925.00 RM8,704.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
a)
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,339.29 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,443.07 ] atau
b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
   
c) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa dan
   
d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
   
Lantikan Bekas Anggota Tentera:
Bekas anggota tentera sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berkhidmat dengan baik. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (b) dan (c) di atas.
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:

Aspek Operasi
  • Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
  • Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988


  • Aspek Penguatkuasaan
  • Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988


  • Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
  • Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984


  • Aspek Latihan
  • Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota


  • Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
  • Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara
  •  
     
    line