Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Pemulihan Perubatan
(Pendengaran/Pertuturan/Carakerja/Anggota) Gred U41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran/
Pertuturan/Carakerja/Anggota) Gred U41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pemulihan Perubatan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ] dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:
  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)
    - Audiologi
  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
    - Sains Pertuturan
  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota)
    - Pemulihan Anggota (Applied Rehabilitation)
    - Fisioterapi
  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)
    - Occupational Therapy (Pulih Cara Kerja)
Deskripsi Tugas:
 
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)
  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) bertanggungjawab menjalankan ujian-ujian diagnostik audiologi yang lengkap untuk menilai tahap pendengaran pesakit serta memberi nasihat, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi.
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab menjalankan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.
Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota)
  • memberi perkhidmatan fisioterapi berjadual dan tugas gentian yang komprehensif kepada pesakit luar dan dalam wad yang diperlukan berlandaskan "Piawaian Amalan Fisioterapi" merangkumi:
    - menjalankan penilaian terperinci
    - mengenal pasti masalah-masalah
    - merangka program rawatan yang bertepatan
    - melakukan evaluasi/modifikasi rawatan dari semasa ke semasa
    - memberi maklum balas pesakit kepada doktor yang merujuk
  • mendokumentasi dan menyimpan maklumat mengenai perawatan fisioterapi secara terperinci iaitu: - merekod maklumat penilaian dan perawatan pesakit di dalam borang menggunakan sistem "Problem Oriented Medical Record"
    - merekod bilangan pesakit dan rawatan di dalam buku rekod statistik harian
    - menyediakan statistik perawatan/bilangan pesakit bulanan mengikut disiplin dan modality rawatan mengikut keperluan sistem maklumat perawatan perubatan
  • mengambil bahagian yang proaktif di dalam rondaan wad dan mesyuarat klinikal khusus
  • merancang melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan
  • memberi "supportive counseling" kepada pesakit dan penjaga
  • menyelia dan memberi bimbingan kepada pelatih fisioterapi dari Koleh Fisioterapi dan lain-lain institusi semasa penempatan klinikal
  • melibatkan diri di dalam sesi program "Continuos Professional Development" di peringkat Jabatan dan Hospital
  • membantu dan melibatkan diri secara terus di dalam program penyelidikan
  • Tugas Lain: Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)
  • menjalankan penilaian tahap kondisi/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan (disability) yang mengganggu kefungsiannya
  • berhubung dengan anggota profesional kesihatan lain dan merancang aktiviti rawatan pemulihan pesakit
  • menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobility, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian
  • menjalankan lawatan ke rumah/tempat kerja/sekolah untuk memastikan pesakit dapat berfungsi dengan optima
  • memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit
  • memberikan sokongan psikologi untuk memotivasikan pesakit
  • mengambil bahagian dalam konferens kes pesakit bagi membincangkan tahap kemajuan pesakit
  • menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke pekerjaan (work resettlement) seperti latihan vokasional, terapi industri, bengkel terlindung dan penempatan kerja
  • menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke rumah (home resettlement) termasuklah mencadangkan pengubahsuaian, susun atur perabut dan sebagainya
  • menjalankan latihan skil sosial untuk meningkatkan kebolehan pesakit berinteraksi di dalam komuniti
  • menggalakkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti senggang (leisure) dan sukan yang sesuai
  • merekabentuk dan membuat alat-alat ortotik/splint untuk membantu kefungsian pesakit
  • merekabentuk dan membuat pakaian tekanan (pressure garment) untuk pengendalian parut/keloid, edema dan lain-lain
  • memberikan laporan tentang penilaian, perancangan rawatan dan kemajuan pesakit kepada pegawai perubatan dan pihak yang berkenaan
  • mengendalikan pusat harian untuk pesakit-pesakit yang mengalami masalah fiizikal dan psikososial termasuk pemantauan dan pengekalan kefungsian mereka
  • mengendalikan kumpulan sokongan (support group) untuk pesakit-pesakit saling berkongsi masalah mereka
  • bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup pesakit seperti SOCSO, Pembangunan Masyarakat dan sebagainya
 
 
line