Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Penguasa Imigresen /
Penolong Penguasa Imigresen (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Dengar Dengar        
Penguasa Imigresen /
Penolong Penguasa Imigresen
 
Gred: KP27, KP32, KP38, KP41, KP42, KP44, KP48, KP52, KP54
 
Kumpulan: Sokongan / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Kem/Jab: Jabatan Imigresen Malaysia
 
Jadual Gaji:
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
KP27 RM1,362.00 RM5,116.00 RM145.00
KP32 RM2,727.00 RM5,651.00 RM155.00
KP38 RM3,392.00 RM6,899.00 RM180.00
KP41 RM1,912.00 RM8,647.00 RM225.00
KP42 RM1,912.00 RM8,647.00 RM225.00
KP44 RM3,367.00 RM9,409.00 RM250.00
KP48 RM4,917.00 RM10,555.00 RM270.00
KP52 RM5,533.00 RM11,190.00 RM290.00
KP54 RM5,835.00 RM11,860.00 RM320.00
 
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
LANTIKAN KE GRED KP27
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP27 [ Gaji Permulaan: RM1,362.00]
     
  (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP27 [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
     
  (iii) diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED KP27 [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
     
LANTIKAN KE GRED KP41
(a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP41 [ Gaji Permulaan: RM1,912.00 ]
     
  (ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP41 [ Gaji Permulaan: RM2,116.00 ]
     
  (iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED KP41 [ Gaji Permulaan: RM2,218.21 ]
     
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(v) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
 
Deskripsi Tugas :
Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Penguasa Imigresen Gred KP41
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.
       
line