Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pengajar (Jururawat Pergigian) Gred U41
 
Dengar Dengar        
Pengajar (Jururawat Pergigian) Gred U41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
  • telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan); dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Pergigian adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pengajar Jururawat Pergigian Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan
  • Health Science Dental Hygiene / Dental Therapy
Deskripsi Tugas:
 
Aktiviti Latihan
Bertanggungjawab dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang dipertanggungjawabkan di unit berkaitan dengan melaksanakan tugas seperti berikut:
  • Menyampaikan syarahan.
  • Menyelia pelatih/pengajar di bawah tanggungjawab.
  • Memantau buku log.
  • Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelatih yang dirujuk dari semasa ke semasa.
Pembangunan dan Perkembangan Akademik
Bertanggungjawab dalam aspek pembangunan dan penyelarasan subjek yang berkaitan dengan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:
  • Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kandungan subjek berkaitan.
  • Menjalankan kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan subjek di unit berkaitan.
  • Menyediakan soalan-soalan berkaitan dari hasil pengajaran dan pembelajaran untuk membuat penilaian.
  • Memastikan pembelajaran berterusan di kalangan pengajar dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Urusan Latihan Amali di Kawasan Klinikal
Bertanggungjawab memastikan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
  • Menguruskan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
  • Memastikan penempatan pelatih memenuhi keperluan harian.
  • Melaksanakan penilaian terhadap pelatih semasa berada di kawasan klinikal.
  • Memantau aktiviti latihan pelatih.
  • Memantau buku log.
Pengurusan Pentadbiran
Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia seperti berikut:
  • Menyelaras semua hal berkaitan cuti pelatih.
  • Menyelaras dan menyediakan laporan prestasi akademik pelatih.
  • Menguruskan segala urusan peperiksaan yang berkaitan.
Lain-lain skop tugas yang ditentukan dari semasa ke semasa.
 
 
line