Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,917.00 RM8,652.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,018.52 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,325.14 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,427.35 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,631.77 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,836.19 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan Diploma Pendidikan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan : RM2,938.40 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia serta Diploma Pendidikan.
    [ Gaji Permulaan : RM3,040.60 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG44 yang kosong apabila telah:
  • disahkan dalam perkhidmatan;
  • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  • lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
  • diperaku oleh ketua perkhidmatan.
 
 
line