Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Perikanan Gred G41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Perikanan Gred G41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/ Jabatan Perikanan Malaysia/ Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,915.00 RM8,651.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,119.16 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) atau Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,221.37 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,323.57 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,425.78 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perikanan adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, didikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal Jabatan.
 
 
line