Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pustakawan Gred S41
 
Dengar Dengar        
Pustakawan Gred S41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Perpustakaan Negara
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,909.00 RM8,644.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,215.07 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,215.07 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,521.70 ] dan
  • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.
 
 
line