Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Perubatan Gred UD41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Perubatan Gred UD41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji
RM2,777.98
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah dalam Ilmu Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,777.98 ] atau
  • Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti di para (12)(1)(a) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,777.98 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas ‘on call' dan menyampaikan ceramah-ceramah.
 
Senarai Gaji Permulaan/Elaun:
Elaun Perumahan : RM250.00
Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM300.00
Elaun Kritikal : RM750.00
Elaun COLA : RM100.00-RM300.00 (mengikut lokaliti)
Elaun On-Call dan lain-lain.
 
 
line