Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Sains Gred C41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Sains Gred C41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,940.00 RM8,720.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains atau Juruteknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Pecahan Bidang :
 
Kementerian Kesihatan Malaysia -
  • Mikrobiologi- bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat- bidang Biokimia
  • Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi – Biologi, Genetik
  • Forensik – Sains Forensik
  • Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal- Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga- Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan- Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi -
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin
 
line