Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Penerangan Gred S41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Penerangan Gred S41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,909.00 RM8,644.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print' Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.
 
 
line