Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Veterinar Gred G41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Veterinar Gred G41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,915.00 RM8,651.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian I Jadual Kedua;
    [ Gaji Permulaan : RM2,527.99 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Veterinar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan Ijazah Am oleh kerajaan; dan
  • lulus Peperiksaan Khas anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, UPM dan Majlis Veterinar Malaysia; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.
 
 
line