Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
 
Dengar Dengar        
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,909.00 RM8,644.00 RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
 
 
line