Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai Kesihatan Persekitaran /
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Dengar Dengar        
Pegawai Kesihatan Persekitaran/
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 
Gred: U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
U29
RM1,312.00
RM5,173.00
RM145.00
U32
RM2,214.00
RM5,774.00
RM155.00
U36
RM3,455.00
RM6,885.00
RM180.00
U41
RM2,260.00
RM8,756.00
RM225.00
U42
RM2,260.00
RM8,756.00
RM225.00
U44
RM3,423.00
RM9,560.00
RM250.00
U48
RM5,008.00
RM10,689.00
RM270.00
U52
RM5,642.00
RM11,289.00
RM290.00
U54
RM5,942.00
RM11,976.00
RM320.00
 
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
LANTIKAN KE GRED U29
(a) (i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED U29 [ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]
     
LANTIKAN KE GRED U41
(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED U41 [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
     
Deskripsi Tugas :
   
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
1. Pentadbiran
  i. Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
  ii. Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.
2. Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
3. Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
4. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
5. Mengawasi kebersihan alam sekitar.
6. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.
     
PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41
Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:
  • Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
  • Keselamatan dan kualiti makanan.
  • Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
  • Perundangan dan Penguatkuasaan
  • Pengurusan dan analisis data
  • Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
  • Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
  • Penyelidikan dan pembangunan
  • Merancang program intervensi
 
line