Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Jururawat
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Dengar Dengar        
Jururawat
 
Gred: U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
U29
RM1,312.00
RM5,173.00
RM145.00
U32
RM2,214.00
RM5,774.00
RM155.00
U36
RM3,455.00
RM6,885.00
RM180.00
U41
RM2,260.00
RM8,756.00
RM225.00
U42
RM2,260.00
RM8,756.00
RM225.00
U44
RM3,423.00
RM9,560.00
RM250.00
U48
RM5,008.00
RM10,689.00
RM270.00
U52
RM5,642.00
RM11,289.00
RM290.00
U54
RM5,942.00
RM11,976.00
RM320.00
 
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
LANTIKAN KE GRED U29
(a) (i) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
GRED U29 [ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]
     
LANTIKAN KE GRED U41
(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
GRED U41 [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
     
Deskripsi Tugas:
 
JURURAWAT GRED U29
Tugas-tugas Jururawat Kesihatan
1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.  
    ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah.  
    iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.  
    iv. Perkhidmatan perancang keluarga.  
    v. Pendidikan kesihatan.  
2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.  
3. Menyelia
    i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.  
    ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.  
4. Pentadbiran
    i. Mentadbir klinik.  
    ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.  
    iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.  
    iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.  
 
Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
1. Penjagaan Pesakit  
  i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.  
  ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.  
  iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.  
  iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.  
2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.  
3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.  
4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.  
5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.  
 
JURURAWAT GRED U41
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
  • Pemantauan Kejururawatan
  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
3. Kawalan Mutu
  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
4. Latihan Kejururawatan
  • Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.
 
 
line