Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Kelayakan Bakat > Penerbit Rancangan
 
Dengar Dengar        
Penerbit Rancangan
 
Gred: B17, B21/22, B25/26, B27/28, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54
 
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Jadual Gaji:
 
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
B17 RM936.00 RM3,404.00 RM95.00
B21 RM1,960.00 RM4,287.00 RM115.00
B22 RM1,960.00 RM4,287.00 RM115.00
B25 RM2,503.00 RM4,789.00 RM125.00
B26 RM2,503.00 RM4,789.00 RM125.00
B27 RM1,368.00 RM5,099.00 RM145.00
B28 RM1,368.00 RM5,099.00 RM145.00
B31 RM2,734.00 RM5,643.00 RM155.00
B32 RM2,734.00 RM5,643.00 RM155.00
B37 RM3,430.00 RM6,868.00 RM180.00
B38 RM3,430.00 RM6,868.00 RM180.00
 
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
B41 RM1,926.00 RM8,687.00 RM225.00
B42 RM1,926.00 RM8,687.00 RM225.00
B43 RM3,412.00 RM9,456.00 RM250.00
B44 RM3,412.00 RM9,456.00 RM250.00
B47 RM4,959.00 RM10,612.00 RM270.00
B48 RM4,959.00 RM10,612.00 RM270.00
B51 RM5,579.00 RM11,212.00 RM290.00
B52 RM5,579.00 RM11,212.00 RM290.00
B53 RM5,884.00 RM11,902.00 RM320.00
B54 RM5,884.00 RM11,902.00 RM320.00
 
 
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B17
(A) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
     
  (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
     
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B27
(B) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ]
     
  (ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ]
     
  (iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RMRM1,368.00 ]
     
  (iv) diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,668.78 ]
     
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41
(C) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM1,926.00 ]
     
  (ii) ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM1,926.00 ]
     
  (iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM2,133.30 ]
 
Ujian Khas:
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.
 
line