Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Kelayakan Bakat > Jurufotografi
 
Dengar Dengar        
Jurufotografi
 
Gred: B17, B21/22, B25/26, B27/28, B31/32, B37/38
 
Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Jadual Gaji:
 
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
B17 RM936.00 RM3,404.00 RM95.00
B18 RM936.00 RM3,404.00 RM95.00
B21 RM1,960.00 RM4,287.00 RM115.00
B22 RM1,960.00 RM4,287.00 RM115.00
B25 RM2,503.00 RM4,789.00 RM125.00
B26 RM2,503.00 RM4,789.00 RM125.00
B27 RM1,368.00 RM5,099.00 RM145.00
B28 RM1,368.00 RM5,099.00 RM145.00
B31 RM2,734.00 RM5,643.00 RM155.00
B32 RM2,734.00 RM5,643.00 RM155.00
B37 RM3,430.00 RM6,868.00 RM180.00
B38 RM3,430.00 RM6,868.00 RM180.00
 
Syarat Lantikan:
LANTIKAN KE GRED B17
  (i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
     
  (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
     
  (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM1,051.80 ]
     
  (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED B17 [ Gaji Permulaan : RM1,109.92 ]
     
LANTIKAN KE GRED B27
  (i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ]
     
  (ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ]
     
  (iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,368.00 ]
     
  (iv) diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED B27 [ Gaji Permulaan : RM1,668.78 ]
     
Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.
 
line