Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Latihan Separa Perubatan
 
Dengar Dengar        
Latihan Separa Perubatan
 
BIL. NAMA JAWATAN MAKLUMAT JAWATAN
1. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota Lihat Maklumat Jawatan
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Lihat Maklumat Jawatan
3. Latihan Jururawat
Lihat Maklumat Jawatan
4. Latihan Jururawat Masyarakat
Lihat Maklumat Jawatan
5. Latihan Jururawat Pergigian
Lihat Maklumat Jawatan
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Lihat Maklumat Jawatan
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
Lihat Maklumat Jawatan
8. Latihan Juru X-Ray
Lihat Maklumat Jawatan
9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Lihat Maklumat Jawatan
10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Lihat Maklumat Jawatan
11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Lihat Maklumat Jawatan
12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Lihat Maklumat Jawatan
13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Lihat Maklumat Jawatan
 
Pengumuman Latihan Separa Perubatan
 
  Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.  
     
  Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.  
     
 
Syarat Kelayakan
   
  Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
   
  Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam
   
  Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
  a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
   
  ** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
   
  Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan
   
  Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
   
Latihan Bertaraf Sijil
   
  Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut:
   
 
   
  Syarat Kelayakan
   
  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
   
  Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan
   
  Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai Sedang Berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;

Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
   
  Alamat Surat-Menyurat:
   
  Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03 - 8885 6000
   
  ePertanyaan
   
   
 
line