Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Latihan Separa Perubatan > Latihan Jururawat
 
Dengar Dengar        
Latihan Jururawat
 
Jantina: Lelaki dan Perempuan
 
Tempoh Latihan:
  • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • 1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Tempat Latihan:
  • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  • Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  • Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  • Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia
   
ii) Umur:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
iii) Kelayakan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv) Keutamaan:
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
 
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.
 
 
line