Latihan Jururawat Masyarakat |
| |
|
|
|
|
|
| |
Jantina: Perempuan sahaja |
|
|
|
|
|
Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan |
|
|
|
|
|
Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan |
|
|
|
|
|
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia |
|
|
|
|
|
Tempat Latihan: |
|
|
- Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
- Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
- Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
- Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
- Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
- Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
- Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
- Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
- Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah
|
|
|
Syarat Latihan: |
|
|
i) |
Warganegara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
ii) |
Umur:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
|
|
|
iii) |
Kelayakan:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
|
|
|
iv) |
Keutamaan:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
|
|
|
|
|
|
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: |
|
|
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
- berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.
|
|
|
Perhatian: |
|
|
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19. |
|
|
|
|
|
|
|