Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Latihan Separa Perubatan > Latihan Pembantu Kesihatan Awam
 
Dengar Dengar        
Latihan Pembantu Kesihatan Awam
 
Jantina: Lelaki sahaja
 
Tempoh Latihan: 2 tahun
 
Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Tempat Latihan:
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
  • Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu
Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia
   
ii) Umur:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
iii) Kelayakan:
  • Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv) Keutamaan:
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
 
Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17.
 
 
line