Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Dengar Dengar        
Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar
 
Gred: G17, G22, G26, G27/28, G32, G36
 
Kumpulan: Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Kem/Jab: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
 
Jadual Gaji:
 
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
G36 RM3,396.00 RM6,789.00 RM180.00
G32 RM2,729.00 RM5,638.00 RM155.00
G28 RM1,363.00 RM5,094.00 RM145.00
G27 RM1,363.00 RM5,094.000 RM145.00
G26 RM2,488.00 RM4,756.00 RM125.00
G22 RM2,170.00 RM4,238.00 RM115.00
G17 RM933.00 RM3,380.00 RM95.00
 
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU VETERINAR GRED G17
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji permulaan : RM933.00 ]
     
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G27
(a) (i) Sijil Veterinar daripada Institut Veterinar Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji permulaan : RM1,363.00 ]; atau
     
  (ii) diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan : RM1,814.06 ].
     
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
     
Deskripsi Tugas :
   
PEMBANTU VETERINAR
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.
 
PENOLONG PEGAWAI VETERINAR
Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.

Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.

Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai
     
line