Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
 
Dengar Dengar        
Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM975.00
RM3,424.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM975.00 ] dan
  b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
     
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabilan telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:

Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
  • Pengawalan mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
  • Terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.
 
 
line