Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pembantu Kesatria Gred S17
 
Dengar Dengar        
Pembantu Kesatria Gred S17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM927.03
RM3,089.68
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan dan berkebolehan mengendalikan latihan kawad;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau
     
  ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ]
     
b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
     
  ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
     
  iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
     
  iv) lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
     
  v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
     
c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi calon di para (a) (i) di atas.
     
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu dalam mengatur sukatan pelajaran kawad, menjalankan latihan kawad seperti peraturan ditetapkan, mengawal serta menguatkuasakan displin di kalangan para pelatih di institusi latihan.
 
 
line