Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pembantu Penguatkuasa Gred N17
 
Dengar Dengar        
Pembantu Penguatkuasa Gred N17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM928.00
RM3,375.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ] atau
  ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ]
   
b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  iii) mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  vi) diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan; dan
     
c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Mealyu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau keluulsan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
   
Deskripsi Tugas:
Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
 
 
line