Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Renjer Hutan Gred G17
 
Dengar Dengar        
Renjer Hutan Gred G17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem./Jab.: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM933.00
RM3,380.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM1,101.34 ] atau
  • Sijil Perhutanan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM1,326.94 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Renjer Hutan Gred G17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas atau
  • lulus Peperiksaan Khas dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
  • Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
  • Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
  • Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
  • Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
  • Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
  • Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
  • Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
  • Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
  • Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
  • Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.
 
 
line