Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Juruteknik Komputer Gred FT17
 
Dengar Dengar        
Juruteknik Komputer Gred FT17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM 953.00
RM 3,490.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM953.00 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,010.77 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,068.89 ] atau
  • sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,243.24 ] atau
  • sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,417.59 ] dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruteknik Komputer gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas atau hadir dengan jayanya kursus peralihan Juruteknik Komputer yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
 
 
line